Friday, February 18, 2011

Kempen tak nak beg plastik. Selamatkan BUMI atau PENIAGA??

Sana sini sibuk kempen tak nak beg plastik. ade yang buat weekends, dan ade juga yang tak kira hari kena bayar untuk beg plastik. alasan yang digunakan: "UNTUK MENGURANGKAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DAN MENYELAMATKAN BUMI, SETIAP BEG PLASTIK AKAN DICAJ 20 SEN".

I care about the environment too. tetapi benda ni lama lama membuatkan kite terfikir... berkesan ke?? ape jadi dengan duit yang dikutip untuk beg plastik tu?? cube fikir, peniaga sekarang makin untung. first sebab die dah tak payah bagi beg plastik, lepas tu diorang CAJ pulak kalau nak beg plastik. dah dua kali ganda diorang untung. macam mana tu? bukan nak berkira dalam usaha menyelamatkan bumi but bukan patot nye at least duit tu digunakan untuk tujuan membaik pulih alam sekitar jugak ke? baru la seimbang...

dulu kite kena tukar from polisterin tu those mangkuk from kelapa sawit or what not. yang tu kena caj 20 sen. which is fine, because we are paying for something yang boleh mengurangkan beban alam. so why not kau caj 20 sen untuk plastik beg, tapi beg plastik tu buat yang biodegradable punye?? since kalau bagi beg kertas pon akan menyebabkan pokok ditebang.

but again.... sejauh mana die berkesan? bukan patot ajar dulu masyarakat untuk membuang sampah dengan betul dan recycle? sediakan lebih banyak tong sampah dan sistem pelupusan sampah yang efisyen lebih baik dari menghalang cuma penggunaan beg plastik saje??

jangan fikir jangka pendek je. kena fikir jangka masa panjang. kalau tak de beg plastik but orang buang sampah bersepah pon tak guna. and masalahnye sekarang ade sesetengah pihak yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran untuk beg plastik yang transparent tu and diorang kedai makan. logik ke?? and bukan kedai kat luar tetapi dalam universiti.

bukan je kena bayar untuk harga makanan mahal, but also untuk beg plastik or kertas bungkus makanan. tak melampau ke?? nak angkat buku pegi class satu hal and they expect us to carry bekas makanan kehulu kehilir supaya tak kena caj??? IT DOESNT MAKE SENSE!

benda ni memang logik untuk selamatkan bumi but again, sejauh mana keberkesanan dan kebaikan benda ni?? diharap kan pihak pihak berpatutan fikirkan langkah yang lebih baik bukan setakat caj pengguna dan tak berkesan pon kempennye...

No comments:

Post a Comment