Wednesday, February 2, 2011

buried hopes

Masa saya seorang budak kecil dulu2 akan ade iklan pasal permainan atau pon filem yang akan menyelitkan satu bahagian di mana budak2 sedang bermain. Satu insiden yang paling melekat di dalam hati saya adalah bermain bot kertas. Selalunya di dalam filem atau iklan itu, bot itu akan terapung dan nampak gah. Suatu hari kakak saya belajar membuat bot kertas. Saya sangat teruja.Kami pon meletakkan bot itu di dalam satu besen air. Tetapi ia langsung tak macam iklan. Ia tak menyeronokkan malah tak nampak gah langsung. Saya kecewa sangat sehingga perasaan saya ketika itu masih lagi saya dapat rasa. Haih... Di dalam buku anne of green gables, Anne telah memetik satu kata dari buku yang pernah dibacanya. Ia berbunyi begini "my life is a perfect graveyard of burried hopes"

Saya baru membaca buku anne ketika umur saya 21 tahun. akan tetapi walaupun insiden yang telah saya ceritakan itu berlaku 15 tahun yang lalu saya rasa ia boleh diaplikasikan dalam kisah ini.

Semasa saya di sekolah rendah kite perlu isi satu kolum berkenaan cita2 kita apabila dewasa. Walaupun saya mengaku saya sudah berjaya memenuhi satu impian saya iaitu untuk belajar undang2 dan menjadi peguam, di dalam proses itu beberapa mimpi and impian saya yang lain terpaksa dilepaskan. Mereka adalah-

1. DJ Radio
2. Pengacara TV atau Pembaca Berita
3. Juruterbang
4. Doktor Veterinar
5. Angkasawan
6. Arkitek
7. Doktor


Saya pasti hidup orang lain juga ada "perfect graveyard of buried hopes" tapi saya yakin atau cuba meyakinkan diri saya bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya. Antara cita2 saya yang paling besar adalah menjadi doktor veterinar tetapi saya alah dgn bulu haiwan..

Saya ingin memetik dari lirik Katy Perry di dalam lagu firework

Maybe the reason why all the doors are closed
So you can open one that leads you to the perfect road

Mungkin....

No comments:

Post a Comment